Fans Selangor dan Kelantan...

Nilai lah sendiri.. ini lah yang dikatakan Fans Profesional...


PENYOKONG KELANTAN KOMA DIBELASAH PENYOKONG SELANGOR

Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.
Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.
Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.





KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com.

Pelajar Sekolah Kena Rogol




Lagi kes pelajar tak bermoral macam binatang. Seorang pelajar perempuan lengkap beruniform dirogol bergilir-gilir di dalam sebuah tempat sunyi oleh rakan sekolahnya seperti yang dilaporkan oleh blog hotmalays.blogspot.com dan http://milosuam.blogspot.com Inilah wajah budak sekolah sekarang terlalu berani sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, malah tergamak merakam perbuatan sumbang mereka.

Nampaknya budak-budak sekolah sekarang ramai nak jadi pornstar! Keruntuhan moral para pelajar dah semakin tidak dapat dibendung. Nak jadi pornstar tak payahla sekolah.

SukeSukiJeLa : X dapat pastikan vid ni bawu ke x..vid ni bawu atau lame..if jika lom pape tndakan diambil, plz ambil tndakan pada yang BIADAP nih!



Source: MiLo SuaM: Pelajar dirakam saat dirinya dirogol rakan sekolah http://milosuam.blogspot.com/2010/10/pelajar-dirakam-saat-dirinya-dirogol.html#ixzz12JMN46Qw

PENYOKONG KELANTAN MENINGGAL DUNIA SELEPAS MENONTON BOLA





Seorang penyokong Kelantan meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam tadi (12 Oltober 2010).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.

"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam. Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang di kejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Peter Niemeyer touches female ref's breast during game

Niemeyer berkata, "Dia berada agak jauh daripada yang saya jangkakan.
Tujuan saya hanyalah untuk menepuk di bahagian belakang, namun anda juga
harus memberi sedikit hiburan kepada peminat."
haha ayat yang power...


Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun 

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Video Kemalangan ngeri,12 maut di KM 223 Lebuhraya PLUS berhampiran Simpang A...

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)

Ha..Lagu senyum... suke aku dengar lagu nih.. so aku nak tujukan lagu ni pada sume2 yang usha2 blog aku nih.. ok kekawan sume..pakat2 lah kite senyum keyh?? lagi pun senyum tu kan satu sedekah... Tq..

Lawak Jenaka Memang Lucu

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


Jangan takut


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”

Nak termuntah


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Gambar Barack Obama kena baling dengan buku




Kalau dahulu President US Bush kena baling dengan kasut, kali ini President US Barack Obama kena baling dengan buku pulak. Cuba lihat betul-betul di dalam gambar, sempat pulak tu jurukamera tangkap gambar sewaktu buku tu melayang kah kah kah. Untuk lebih jelas sila klik untuk membesarkan image.

Barack Obama ni kena baling buku mesti sebab ada orang tak puas hati dengan dia. Beginilah bila ramai orang menyampah dan meluat. Rakyat biasa pun berani lempar buku ke kepala Obama. Nasib baik tak kena, kalau kena lagi haru.

Takziah Untuk Semua Keluarga Mangsa



Takziah untuk semua keluarga mangsa dalam kejadian kemalangan maut di highway PLUS. Herm...kowang rase la kan, cam ne kite nak elak kemalangan Bas ekspres ni berlaku?? ape tindakan yang kita patut serta kerajaan Malaysia lakukan untuk mengelakkan lagi banyak kemalangan bas ekspress ni berlaku?? Dan bagi aku, driver bas ni boleh merokok.. driver bas naik ikut pintu dia sendiri, bukan pintu penumpang, dan driver bas nih terasing dari penumpang..kiranya driver bus hanya boleh keluar ikot pintu dia sendiri..x boleh lompat ke sebelah kiri.. ok? tu cadangan aku la..cadangan kowang lak cam ne??

Kelantan tidak gentar



KELANTAN akan menagih pengalaman Akmal Rizal (kiri) untuk memusnahkan kubu Selangor.




“SELANGOR bukan sebuah pasukan yang digeruni. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami tidak perlu bimbang.”
Demikian tegas pengendali Kelantan, B. Sathianathan menjelang pertemuan dengan skuad The Red Giant itu pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.
Bagi Sathia, pertembungan kali ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir yang diawalkan selain kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri ketika pertemuan dalam Liga Super sebelum ini dan percaya tahap permainan akan berada pada paras tertinggi
Justeru, beliau berharap agar pemainnya berada dalam keadaan paling cergas termasuk pemain simpanan bagi menghadapai perlawanan terhebat itu.
“Selangor adalah sebuah pasukan yang biasa bermain perlawanan berprofil tinggi seperti ini, tetapi jangan lupa mereka juga mempunyai kekura- ngan. Jadi, saya mahu semua pemain bersedia untuk mencipta sesuatu.
“Selangor hanya menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan terakhir tetapi pemain kita terpaksa bertungkus-lumus sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menyebabkan pemain-pemain kita agak keletihan selepas beraksi dalam tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, untuk menjadi sebuah pasukan yang bergelar juara, ketakutan tidak seharusnya menjadi penghalang dalam diri pemain, siapa saja yang bakal ditentang, mereka perlu yakin.
Jelasnya, beliau pasti K. Devan dan anak-anak buahnya juga bimbang menghadapi Kelantan yang turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super selain finalis Piala Malaysia musim lalu.
“Mereka juga pasti bimbang bertemu kita (Kelantan). Tekanan mungkin lebih kepada Selangor kerana mereka juara Liga Super, rekod tanpa kalah dalam kumpulan selain aksi pertama ini akan dilangsungkan di tempat mereka terlebih dahulu.
“Bagi saya, seri sudah cukup tetapi menang adalah satu bonus. Cuma saya mahu pemain- pemain saya pulang bersama jaringan gol sebanyak mungkin untuk meredakan tekanan ketika aksi di Kota Bharu,” ujarnya.
Bagaimanapun, ada khabar yang kurang gembira di kem Kelantan apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan seperti Azizi Mat Rose, Norshahrul Idlan Talaha serta Badri Radzi dan status mereka hanya akan diketahui hari ini.

(aku harap game nih bersih lah..xde gado2 dari penonton, xde mercun, xde baling2 botol..fair play!)

Selangor vs Kelantan


Piala Malaysia 2010
Suku Akhir Pertama
Selasa, Stadium Shah Alam
Jam 8.45 pm.

Korang agak2 la..sape yang akan menang??

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Bila dengar jer lagu nih...Tenang jerk jiwa aku... Lagu ni skang pun tengah popular.. Kanak2 pun banyak tau lagu nih.. Bagus lah..dari kanak2 lagi dah dengar lagu2 berunsur ketuhanan..

Suke Suke Jer...

Hye Y'all.... Suke2 je kembali...saje jer...wat blog nih... untuk lawak2 yang terkini dan sensasi..tunngu okey??/