Terdapat ralat dalam alat ini

PENYOKONG KELANTAN KOMA DIBELASAH PENYOKONG SELANGOR

Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.
Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.
Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.





KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com.

| edit post
Reaksi 
0 Responses

Catat Ulasan

Komen?